Monday, December 7, 2009

Air Gadong - sampai berjumpa lagi!


Air Gadong yang terletak di dalam Hutan Simpan Temenggor berkedudukan pinggir sempadan selatan The Royal Belum Forest. Pada 4, 5 & 6 Disember 2009 yang lalu team RimbaGunong bersama 8 orang peserta telah melalui satu pengalaman yang cukup menarik dan semestinya hasil pancingan yang lumayan! Syukur kepada Tuhan kerana anugerah cuaca yang cukup cantik di mana selama 3 hari 2 malam tiada setitis hujan pun yang turun. Selama tempoh itu juga para peserta mencuba beberapa lubuk terpilih yang menjanjikan tarikan kelah, sebarau, baung dan spesis tengas daun. Kesempatan itu juga para peserta di bawa menjelajah ke kawasan sungai air keda yang terletak berhampiran tapak perkhemahan. Tidak kurang hebatnya kawasan tersebut..dengan laluan trek balak lama yang mencabar serta pemandangan indah pergunungan dan jeram sungai sungguh mengasyikkan!




Cuaca menarik, hasil pancingan lumayan dan semua gembira..insyaallah kami akan kembali lagi ke sana!

No comments:

Post a Comment